/* Start http://www.cursors-4u.com */ body, a:hover {cursor: url(http://ani.cursors-4u.net/movie/mov-2/mov139.cur), progress !important;} /* End http://www.cursors-4u.com */

Tuesday, 15 April 2014

RESEPI UMAI MUKAH MUDAH + SEDAP

Umai adalah makanan yang dianggap penting dan popular bagi etnik Melanau di Sarawak. Satu hidangan yang ringkas dengan variasi yang cukup mudah untuk disediakan. Untuk menyediakan Umai, cuma perlukan ikan terpilih yang masih segar kerana tidak semua jenis ikan yang boleh dibuat Umai. Biasanya untuk menyediakan Umai, etnik Melanau memilih ikan bawal hitam, ikan bawal putih, ikan terubuk, ikan pirang, ikan yu atau udang. Umai sebenarnya adalah hirisan ikan mentah segar yang diperap dengan jus limau kasturi, bawang merah, bawang besar dan chilli, garam dan sedikit penambah perisa. Secara tradisi untuk memberi rasa yang lebih ‘authentic’, etnik melanau menyediakan Umai dengan langkah-langkah yang tersusun. Hirisan ikan mentah digaul atau diperap dengan jus limau kasturi terlebih dahulu untuk menghilangkan bau ikan, dan proses ini menyebabkan isi ikan tersebut kelihatan seolah sudah masak. Setelah itu barulah dicampur dengan hirisan bawang merah, bawang besar dan chilli,. yang terakhir tambah garam dan sedikit penstabil atau penambah rasa. Umai boleh terus dimakan setelah selesai digaul dengan bahan-bahan tersebut. Terserah kepada citarasa seseorang untuk menambah lebih pedas atau sebaliknya. Terdapat juga variasi ‘Umai Jeb’ yang sangat digemari etnik Melanau. ‘Jeb’ dalam bahasa Melanau Mukah bermaksud ‘cecah’. Ertinya, ‘Umai Jeb’ adalah ‘Umai Cecah’. Umai Jeb disediakan dengan memisahkan hirisan ikan mentah dan sambal, cara makan ialah dengan mencecah hirisan ikan mentah dengan sambal, sama seperti makan ulam. Ikan yang digunakan etnik Melanau untuk membuat ‘Umai Jeb’ biasanya; bawal hitam, bawal putih, terubuk atau ikan yu. Meskipun versi ini mungkin kurang popular bagi masyarakat lain, tapi sangat digemari oleh etnik Melanau atau Cina dikawasan Mukah dan Sibu.




 Umai Ikan Bahan2: 100g isi kan-hiris halus/kecil kacang tumbuk (suka hati tambah hehe) Cili merah+cili padi(buh ikut tahap kepedasan masing2-pedas lagi best 2 ulas bawang merah-hiris 6 biji limau kasturi(atau secukupnya) Garam dan perasa/gula secukupnya *Boleh tambah bawang besar yang dihiris jika suka Cara2: Cili ditumbuk agak lumat. Kalau nak lebihkan CILI pun boleh,tinggalkan sedikit untuk dihiris halus.. Gaul semua bahan bersama ikan. Biarkan seketika sehingga ikan mengeluarkan jusnya dan bertukar berwarna putih. Sedia untuk dihidangkan bersama sagu atau nasi. *Tambahkan hirisan cili dan limau kasturi untuk rasa yang lebih enak. *Kalau nak sedap lagi makan dengan
 sago melanau ~



 

SIET ~ ULAT MULONG

Sarawak sememangnya kaya dengan kepelbagaian makanan, malah tidak keterlaluan jika negeri Bumi Kenyalang ini dianggap sebagai syurga kepada penggemar makanan eksotik.Satu daripadanya ialah hidangan ulat mulong atau si’et dalam bahasa Melanau atau tinduh dalam bahasa Iban.


Bagi masyarakat Sarawak, ulat mulong terutama yang gemuk berlemak ini mempunyai rasa yang enak dan boleh dinikmati sama ada dimasak dengan menggoreng atau salai.Penggemar Mulong yang tidak geli biasanya makan secara mentah sewaktu masih hidup selepas mencecahkan tubuh ulat dengan garam halus sebelum memakannya atau dinikmati bersama sagu.
Ia juga boleh disediakan dalam bentuk goreng kicap atau sup.Keunikan rasanya yang berlemak semulajadi menjadikan ulat mulong ini digilai ramai, bukan sahaja di kalangan kaum bumiputera bahkan kaum lain seperti Cina dan pelancong dari luar negara.
Dengan rupanya seperti ulat, ulat mulong sebenarnya bukan berasal dari ulat tetapi berasal dari anak kumbang rumbia (mulong) yang bersarang di dalam batang pokok rumbia yang telah buruk.Peminat makanan eksotik ini, bukan sahaja daripada penduduk tempatan yang mendiami kawasan yang luas dengan tumbuhan pokok rumbia seperti di Bahagian Mukah dan Betong malah ia turut digemari segenap lapisan kaum di Sarawak dan dari Negara Brunei Darussalam.
Kegilaan terhadap makanan eksotik ini menjadikan ulat mulong mempunyai nilai komersil yang amat tinggi sekaligus mendatangkan sumber pendapatan lumayan kepada pemilik dan penjualnya.Walaupun tiada kajian saintifik, memakan ulat mulong ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kegemukan manakala minyaknya dikatakan berkhasiat untuk melebatkan rambut.Ulat mulong dijual berdasarkan saiz dan kematangannya.Seekor ulat mulong matang yang besar atau gred A dijual dengan harga antara 40 sen hingga 50 sen.Ulat  mulong bersaiz besar di bahagian pangkal pohon hingga ke pertengahan pokok dijual lebih mahal berbanding ulat mulong di atas batang kerana ia masih kecil dan belum matang.
Cara penyediaan ulat mulong kini pelbagai dan rasanya bergantung kepada cara memasak. Kebanyakkan orang suka ulat mulong digoreng dan disalai kerana rasanya berlemak dan isinya manis.