/* Start http://www.cursors-4u.com */ body, a:hover {cursor: url(http://ani.cursors-4u.net/movie/mov-2/mov139.cur), progress !important;} /* End http://www.cursors-4u.com */

Tuesday, 15 April 2014

SIET ~ ULAT MULONG

Sarawak sememangnya kaya dengan kepelbagaian makanan, malah tidak keterlaluan jika negeri Bumi Kenyalang ini dianggap sebagai syurga kepada penggemar makanan eksotik.Satu daripadanya ialah hidangan ulat mulong atau si’et dalam bahasa Melanau atau tinduh dalam bahasa Iban.


Bagi masyarakat Sarawak, ulat mulong terutama yang gemuk berlemak ini mempunyai rasa yang enak dan boleh dinikmati sama ada dimasak dengan menggoreng atau salai.Penggemar Mulong yang tidak geli biasanya makan secara mentah sewaktu masih hidup selepas mencecahkan tubuh ulat dengan garam halus sebelum memakannya atau dinikmati bersama sagu.
Ia juga boleh disediakan dalam bentuk goreng kicap atau sup.Keunikan rasanya yang berlemak semulajadi menjadikan ulat mulong ini digilai ramai, bukan sahaja di kalangan kaum bumiputera bahkan kaum lain seperti Cina dan pelancong dari luar negara.
Dengan rupanya seperti ulat, ulat mulong sebenarnya bukan berasal dari ulat tetapi berasal dari anak kumbang rumbia (mulong) yang bersarang di dalam batang pokok rumbia yang telah buruk.Peminat makanan eksotik ini, bukan sahaja daripada penduduk tempatan yang mendiami kawasan yang luas dengan tumbuhan pokok rumbia seperti di Bahagian Mukah dan Betong malah ia turut digemari segenap lapisan kaum di Sarawak dan dari Negara Brunei Darussalam.
Kegilaan terhadap makanan eksotik ini menjadikan ulat mulong mempunyai nilai komersil yang amat tinggi sekaligus mendatangkan sumber pendapatan lumayan kepada pemilik dan penjualnya.Walaupun tiada kajian saintifik, memakan ulat mulong ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kegemukan manakala minyaknya dikatakan berkhasiat untuk melebatkan rambut.Ulat mulong dijual berdasarkan saiz dan kematangannya.Seekor ulat mulong matang yang besar atau gred A dijual dengan harga antara 40 sen hingga 50 sen.Ulat  mulong bersaiz besar di bahagian pangkal pohon hingga ke pertengahan pokok dijual lebih mahal berbanding ulat mulong di atas batang kerana ia masih kecil dan belum matang.
Cara penyediaan ulat mulong kini pelbagai dan rasanya bergantung kepada cara memasak. Kebanyakkan orang suka ulat mulong digoreng dan disalai kerana rasanya berlemak dan isinya manis.

No comments:

Post a Comment